top of page
Book Stack

luqmanafif

Budak AT32

Post: Welcome
Search

APA ITU DADAH DAN AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK)?

Writer's picture: Md.Luqman AfifMd.Luqman Afif
APA ITU DADAH?

'DADAH' atau 'DRUG' adalah merupkan salah satu bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mampu memberikan perubahan fugsi terhadap minda dan tubuh manusia. Menurut Kamus Dewan Melayu-Inggeris, 'Drug' bermaksud ubat-ubatan. Walaupun sedemikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada 'drug' perkataan 'use', 'misuse' atau 'abuse' perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan 'drug'. Contohnya 'drug abuse' atau 'misuse of dug' yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah juga merupakan satu istilah khas yang diberikan khusus kepada sejenis bahan yang mampu mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku terhadap pengguna apabila seseorang itu mengguanakan dadah. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang tealh menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagihan dan hidupnya akan terus bergantung kepada dadah.


CIRI-CIRI DADAH
  • Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang)

  • Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang.

  • Diperolehi secara haram

  • Membawa kepada kebergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah.

  • Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang.


KESAN DADAH

Kesan Dadah Kepada Remaja

Pengambilan daadah dari peringkat atau ketika remaja meningkatkan risiko penagihan serius seiring bertambahnya usia. Remaja lebih rentan terhadap masalah fisik dan sosial daripada orang dewasa karena otak dan tubuh mereka masih berkembang saat ini.

Dadah dan alkohol mengganggu fungsi otak yang mengontrol motivasi, memori, pembelajaran, pengambilan keputusan, dan kontrol perilaku. Maka tidak heran jika mereka yang mengonsumsi narkoba dari usia remaja menghadapi masalah keluarga, masalah sekolah, dan keputusan tes yang tidak merangsang, selain masalah kesehatan (termasuk kesehatan mental).

Mereka juga akan cenderung terlibat dalam kegiatan dan aktiviti jenayah. Malah jika pengunaan di masa peringkat awal dewasa ,bagian dari korteks prefrontal belum sepenuhnya matang, dan mereka yang terlibat dengan dadah atau narkoba memiliki masalah menganalisis situasi, membuat keputusan, dan mengendalikan emosi dan keinginan.

Inilah juga mengapa, pada masa remaja dan dewasa awal, banyak orang gagal menilai risiko dengan baik dan memilih untuk mencuba dadah atau narkoba. Pengunaan dadah saat otak dan tubuh masih berkembang mungkin memiliki efek buruk jangka panjang di masa depan.



Selain itu dadah juga mampu memberikan kesan seperti :

  • Individu yang mengambil dadah lebih cenderung terlibat dalam pergaduhan dan kemalangan.

  • Dadah boleh menyebabkan masalah kesihatan mental bagi individu yang berisiko.

  • Penagihan dadah yang teruk boleh merendahkan sistem imuniti seseorang dan mereka senang mendapat jangkitan.

  • Pengguna dadah terdedah kepada penyakit berjangkit seperti HIV/AIDS, hepatitis, tuberkulosis dan lain-lain.

  • Risiko jangkitan ini bukan sahaja terhad kepada mereka yang mengambil dadah secara suntikan sahaja kerana secara amnya kesemua mereka yang mengambil dadah cenderung untuk melakukan perbuatan berisiko yang lain.

KESAN DADAH KEPADA MASYARAKAT

  • Penggunaan dadah dan penagihan boleh memberikan kesan kepada masyarakat kerana:

  • Kurang produktiviti.

  • Kos diperlukan untuk menangkap dan memulihkan penagih dadah.

  • Peningkatan kos perubatan.

  • Kerugian dan kerosakan akibat perlakuan jenayah.

  • Penyebaran penyakit berjangkit seperti HIV, Hepatitis, dan juga Tuberkulosis.


APA ITU AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK)?

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) adalah sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang menguruskan hal-hal berkaitan penyalahgunaan dadah di Malaysia. AADK yang telah ditubuhkan secara rasminya pada 7 Februari, 1996 merupakan agensi utama yang memainkan peranan dalam usaha kerajaan untuk mewujudkan negara Malaysia yang bebas daripada ancaman dadah menjelang tahun 2015. Penubuhannya diluluskan dengan menggabungkan menggabungkan Pasukan Petugas Anti Dadah (PPAD) dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan (BRPD) sebagai Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) di bawah Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN).




FUNGSI DAN PERANAN AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK)

AADK dan masyarakat berpisah tiada itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan AADK memerlukan sokongan masyarakat sekeliling untuk sama-sama mencegah penyalahgunaan dadah di negara ini. Ada siapa peduli masalah dadah kalau tidak ada ahli keluarga yang terlibat? Pentingkah ambil tahu tentang pencegahan penyalahgunaan dadah? AADK selalu menekankan terutamanya jika ada ceramah di mana-mana sama ada di sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) , tempat kerja dan komuniti tentang dadah dan memperkenalkan apakah fungsi AADK sebenarnya dalam masyarakat.

AADK dan masyarakat berpisah tiada merupakan perumpamaan atau metafora yang tepat untuk menggambarkan keperluan AADK akan dukungan masyarakat sekitar untuk bekerja sama mencegah penyalahgunaan dadah dan narkoba di negara ini. Siapa yang peduli dengan dadah dan narkoba jika tidak ada anggota keluarga yang terlibat? Pentingkah ambil tahu tentang pencegahan penyalahgunaan dadah? AADK selalu menyoroti bahwa ada kuliah tentang dadah atau narkoba di mana-mana, baik di sekolah, lembaga pendidikan tinggi (IPT), tempat kerja dan masyarakat, dan memperkenalkan peran sebenarnya dari AADK di masyarakat.


Antara tugas dan peranan AADK dalam usaha memerangi penyalahgunaan dadah di Malaysia ialah:

  • Menguatkuasa, menjalankan dan memberi kuatkuasa kepada Peruntukan Akta Dadah Berbahaya 1952 kecuali Seksyen 4,5,7, Subseksyen 9(1)(a), Seksyen 11, Subseksyen 12(1), Seksyen 16 dan 17

  • Menguatkuasakan, menjalankan, menunaikan dan melaksanakan kuasa,kewajipan dan fungsi di bawah Akta Penagih Dadah ( Rawatan dan Pemulihan ) 1983

  • Menguatkuasakan, menjalankan, menunaikan dan melaksanakan kuasa,kewajipan dan fungsi di bawah Akta Dadah Berbahaya ( Langkah-Langkah Pencegahan Khas ) 1985

  • Menguatkuasa, mentadbir, menjalankan serta memberi kuatkuasa kepada peruntukan Akta Dadah Berbahaya ( Pelucuthakan Harta ) 1988

  • Mencegah dan menyekat pengedaran dadah secara haram dan penyalahgunaan dadah

  • Memberi bantuan dalam apa-apa perkara penyalahgunaan dadah atas permintaan negara asing sebagaimana yang diperuntukkan dibawah Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 ( Akta 621 )

  • Mendidik orang ramai untuk menentang penyalahgunaan dadah

  • Mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam membanteras dadah

  • Menasihati menteri mengenai polisi yang berkaitan pencegahan dan penyalahgunaan dadah, rawatan dan pemulihan, langkah-langkah pencegahan

  • Secara amnya, melaksanakan apa-apa kewajipan lain bagi membanteras dadah dan melakukan segala perkara yang berkaitan dengannya khas serta pelucuthakan harta;


KESIMPULAN

Hasil konklusinya, berita-berita dan data-data yang ada ini telah membuktikan bahawa dadah memberikan banyak keburukan tidak sahaja kepada remaja dan masyarakat tetapi juga kepada negara. Dengan itu, kehadiran Agensi Antidadah Kebangsaan atau lebih dikenali dengan nama AADK ini di dalam kehidupan harian masyarakat telah memberikan banyak manfaat dan faedah kepada semua golongan masyarakat serta menyedarkan masrakat tentang bahayanya apabila seseorang itu terlibat dengan aktiviti dadah. Hal ini memastikan kerjasam yang amat diperlukan oleh pihak kerajaan terhadap masyarakt dalam memastikan hararapan dan impian pihak kerajaan dalam mencapai kelompok atau generasi bebas dadah itu tercapai.

99 views0 comments

Recent Posts

See All

Konflik Basque

Konflik Basque atau juga yang dikenal sebagai Konflik Sepanyol–ETA. Konflik ini merupakan konflik modern yang terlama di Eropa Barat ....

KPS 3014

Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

©2020 by luqmanafif. Proudly created with Wix.com

bottom of page