top of page
Book Stack

luqmanafif

Budak AT32

Post: Welcome
Search

SEJARAH SUNGAI LEMBING

Writer's picture: Md.Luqman AfifMd.Luqman Afif

Sungai Lembing merupakan sebuah cawangan atau alur kepada Sungai Pahang yang lebar itu. Kampung yang popular di sini ialah Kampung Kenau di tepi Sungai Kenau. Sungai Lembing terletak berhampiran dengan Kuantan di negeri Pahang Darul Makmur. Jaraknya dari Kuantan kira-kira 60 km Kawasan ini dikelilingi kawasan berbukit-bukit dengan Gunung Tapis di Utara dan Gunung Serudom di selatannya.


Sungai Lembing ini telah mendapat mendapat nama daripada kewujudan sebatang anak sungai yang dikatakan mengalir dengan amat deras yang diumpamakan seperti lembing masuk ke dalam Sungai Kenau. Anak sungai ini terdapat di sekitar Taipitong tetapi ianya hanyalah alur yang sangat kecil. Namun begitu mengikut cerita orang tua-tua, nama Sungai Lembing pula dipercayai berasal dari perkataan lembing iaitu sejenis senjata yang sering digunakan dalam pemburuan. Senjata tersebut dipercayai digunakan oleh orang asli di kawasan hutan yang dikatakan telah melontar sebatang lembing kepada seekor kijang. Walaubagaimana pun, dalam usaha menyelamatkan diri daripada ditangkap , kijang tersebut telah terjun ke dalam sungai dan hilang bersama-sama lembing yang tercacak dibadannya. Pada awal kurun ke-18, sekumpulan pelombong bijih timah telah tiba di kawasan ini. Ketika mendulang, mereka telah menemui sebatang lembing yang dipercayai kepunyaan pemburu di zaman dahulu. Semenjak itu, kawasan tersebut dinamakan Sungai Lembing. Namun demikian tiada bukti kukuh yang menyokong kesahihan cerita itu.



Sejarah awal kegiatan melombong bijih timah di negara ini dikesan apabila wujudnya catatan pada seorang sejarawan Cina yang telah mencatatkan tentang eksport bijih timah dari Kelantan dan Pahang ke China pada pertengahan abad ke-13. Lombong bijih bawah tanah di Sungai Lembing ini telah pun dibuka dan diterokai oleh seorang lelaki Cina, iaitu Lim Ah Sam pada tahun 1868. Manakala mengikut cerita anak tempatan Pahang, pada tahun 1868 Sungai Lembing telah mula diterokai oleh Wan Muhamad atau pun dikenali sebagai ‘Tok Tangguk’ yang berasal dari Kemboja tetapi telah lama menetap di Chenor, Temerloh, Pahang. Beliau mempunyai kepakaran dalam kerja-kerja perlombongan bijih timah. Sungai Lembing yang terletak di Lembah Sungai Kenau dan dikelilingi oleh kawasan- yang berbukit bukau itu merupakan mempunyai kedudukan yang menarik dan strategik. Walaubagaimana pun, kedatangan pelombong-pelombong Cina pada lewat abad ke-18 menyebabkan aktiviti Tok Tangguk semakin berkurangan.

Tinggalan dari aktiviti perlombongan tersebut dpaat dilihat apabila terdapat beberapa nama tempat di Sungai Lembing dinamakan sempena ini seperti Kolong Pahat “memahat bijih” dan Bukit Segantang “mendapat bijih segantang sehari”. Hal ini kerana nama-nama tersebut mempunyai kaitan dengan kegiatan melombong bijih timah secara tradisional, iaitu dengan membuat kolong di bawah tanah.


Sungai Lembing pada masa dahulu merupakan antara sebuah yang bandar terkaya dengan dalam pengeluaran bijih timah di Negeri Pahang Darul Makmur. Malah, ada yang telah menyifatkan Sungai Lembing lebih dikenali berbanding Kuantan manakala popularitinya sama seperti Singapura ketika itu. Hal ini adalah kerana Sungai Lembing merupakan sebuah kawasan galian bijih timah yang kedua terbesar di dunia selepas Bolivia. Malah ia juga mempunyai kolong-kolong yang terpanjang dan terdalam yang mampu mencecah sehingga 1,400 ke 2,000 kaki sehingga dikatakan yang terdalam jika dibandingkan dengan lombong-lombong bijih timah lain di Asia Tenggara. Pelombong- pelombong Cina yang berkerja di situ telah membuka penempatan di Sungai Lembing selain membuka pelbagai perniagaan mereka sendiri. Penempatan ini masih boleh dilihat sehingga kini.



Namun begitu, pada tahun 1886, penguasaan perlombongan oleh orang Eropah telah bermula apabila syarikat The Pahang Mining Company Limited ditubuhkan di London yang mana Mr Willian Frazer bertindak sebagai pengurus lombong. Kemasukan British ke Tanah Melayu telah menyebabkan kawasan Sungai Lembing diterokai dengan lebih mendalam oleh pihak British sebaik sahaja Almarhum Sultan Ahmad Muadzam Shah 1. Syarikat itu menukarkan nama kepada syarikat The Pahang Corporation Limited “PCL” dimana Mr Willian Frazer dilantik menjadi pengarahnya. Konsesi baru diberikan pada tahun 1888 selama 80 tahun dengan keluasan kawasan 2,500 batu persegi. Royalti sebanyak 10% diberikan kepada Sultan Pahang. Oleh sebab itu, gerabak kereta api dan kereta kecil telah mula digunakan untuk membawa bijih timah dari lombong ke kawasan sungai untuk dibawa ke Kuantan dengan lebih banyak dan efisien.


Selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1898, kuasa pajakan lombong adalah tertakluk di bawah ‘mining code’. Syarikat Pahang Corporation Limited masih diberi hak melombong. Sungai Lembing ketika itu merupakan bandar pertama di Semenanjung Tanah Melayu yang diletakkan dibawah pentadbiran sebuah syarikat bijih Inggeris iaitu Pahang Corporation Limited dari tahun 1888 sehinggalah 1906. Pada tahun 1906, syarikat Pahang Corporation Limited telah ditutup dan kemudian telah diambil alih oleh syarikat Pahang Consolidated Company Limited “PCCL”. Sehingga tahun 1915, terowong sepanjang 40 batu telah berjaya dikorek semasa kerja-kerja perlombongan dijalankan. Aktiviti perlombongan ini telah memberikan sumbangan yang besar kepada penduduk di kawasan Sungai Lembing khususnya dan kepada ekonomi negeri amnya.


Dengan ini juga, Sungai Lembing ini telah mendapat pengiktirafan bandar yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu yang diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat Bijih British iaitu Pahang Corporation Limited di Pahang. Malah perkampungan Inggeris di Lembah Sungai Lembing telah diwujudkan dan ia diibaratkan sebagai el Dorado yang popular itu Teknik perlombongan bawah tanah dengan membina terowong telah diguna pakai di pusat perlombongan Sungai Lembing. Hal ini disebabkan ia lebih sesuai dijalankan kerana batuannya agak keras untuk membina lubang terowong. Pekerjanya terdiri daripada Inggeris , Melayu dan Cina dan mereka bekerja mengikut syif.

Pihak pengurusan Pahang Consolidated Company Ltd telah memberikan peluang kepada pekerja-pekerja di pusat perlombongan Sungai Lembinhg untuk membeli-belah barangan-barang import di gudang premis syarikat seperti kemeja Arrow dan kasut Clarks dengan harga yang jauh lebih murah berbanding di Kuantan. Malah sebuah panggung wayang dibina sebagai hiburan dan berpeluang menonton filem dari Britain dan Hollywood. Kini panggung wayang itu telah ditukar menjadi dewan orang ramai. Antara yang pernah tinggal di sini ialah Menteri Komunikasi dan multimedia, Datuk Ahmad Shabery Cheek .


Dalam tempoh seratus tahun lombong ini telah berjaya mengeluarkan hasil lebih kurang sebanyak 13 juta tan metrik bijih timah kasar yang telah berjaya menghasilkan 150,000 tan metrik konsentrat timah dengan nilai sebanyak hampir $2,000 juta dolar. Aktiviti perlombongan ini telah memberi sumbangan yang besar kepada penduduk di kawasan Sungai Lembing khususnya dan kepada ekonomi amnya. Terowong bawah tanah atau lebih dikenali sebagai ‘pangkang’ dikorek secara manual oleh pekerja-pekerja atau menggunakan bahan letupan. Sebelum kerja-kerja melombong dijalankan, ahli-ahli kaji bumi terlebih dahulu telah mengkaji kedudukan longgokan bijih timah. Kajian yang dilakukan secara berterusan bagi memastikan aktiviti-aktiviti perlombongan akan terus beroperasi dan agar pembinaan terowong bawah tanah dapat dibina dengan lebih efisien dan efektif. Terowong yang terdalam dibina adalah dilombong Myah. Ia terletak 700 meter ke bawah dasar perut bumi manakala lombong Taibeto pula telah mencecah 500 meter ke dasar bumi. Jarak diantara setiap tingkat adalah lebih kurang 30 meter dan panjang keseluruhan hampir 322 meter. Namun begitu, terowong bawah tanah di Sungai Lembing tidak selamat dilawati pada masa kini kerana memandangkan keadaannya yang telah lama ditinggalkan dan ditenggelami air. Malah kejadian tanah runtuh juga dilaporkan sering berlaku dikawasan itu.


Bangunan- bangunan yang dibina ini telah diletakan di atas bukit di sebelah timur menghala ke Sungai Kenau. Bangunan-bangunan ini telah digunakan sebagai tempat kediaman bagi pengurus-pengurus besar Syarikat lombong bijih timah di Sungai Lembing, bermula dengan Syarikat ‘The Pahang Corporation Limited’, tahun 1887-1906 hinggalah ke zaman kegemilangan Syarikat ‘The Pahang Consilidated Company Limited’ (PCCL), tahun 1906-1986. Rumah kediaman pengurus besar ini dahulunya ini telah dikenali sebagai “The European Bungalow 1” atau singkatannya EB1.Ini telah membezakanya dengan rumah Pegawai Kanan Inggeris yang lain. Struktur binaanya yang telah mengikut gaya vertikular-kolonial dan mempunyai kronologi sejarah pembinaan yang tersendiri. Bermula dengan sebuah bangunan bersaiz kecil, dengan atap diperbuat daripada daun nipah dan berdindingkan kulit-kulit kayu, ia telah berjaya diubahsuai dari semasa ke semasa, bermula dari zaman J.T Mariner pada tahun 1911 hingga ke zaman pengurusan H.R.M Holding pada tahun 1966.


Namun begitu, semasa Perang Dunia Kedua, bangunan ini telah diambil alih oleh pihak Jepun dan digunakan sebagai markas tentera Jepun sehinggalah ke tahun 1945.Bangunan ini telah digunakan sebagai ibu pejabat Kempai Taia atau pejabat rahsia Polis Jepun. Dikatakan bangunan ini juga dijadikan penjara, tempat siasatan, tempat penderaaan dan lain-lain aktiviti keganasan mereka. Setelah pengunduran tentera Jepun, bangunan ini diambil alih semula oleh PCCL untuk meneruskan aktiviti-aktiviti perlombongan hinggalah kejatuhan harga timah pada tahun 1986.

Namun begitu pada pada tahun 1986, kegawatan ekonomi dunia telah menyebabkan harga bijih timah jatuh menjunam. Hal ini menyebabkan PCCL terpaksa menanggung banyak kerugian dan terpaksa menghentikan operasinya. Malah orang British telah mula pulang ke England manakala aktiviti ekonomi di Sungai Lembing yang dahulunya berkembang maju, mula merosot. Ramai pekerja-pekerja lombong yang terpaksa menganggur dan berpindah ke kawasan lain demi kelangsungan hidup. Ketika lombong masih beroperasi, ada lebih kurang 10,000 penduduk di Sungai Lembing dan sebahagian besarnya bekerja di lombong. Semasa zaman kegemilangannya, Sungai Lembing mempunyai tujuh jambatan gantung yang telah menyambung penduduk kampung ke pusat bandar. Apabila lombong ditutup, ramai yang hilang pekerjaan dan terpaksa mengikat perut sebelum mendapat kerja baru.


Selepas ditinggalkan, lombong dan bangunan yang tinggal pula hampir musnah dimamah usia. Malah, pelbagai barangan berharga menjadi mangsa penjarah sehingga besi landasan dan gerabak kereta api juga tidak terkecuali. Panggung wayang dan pusat komersial yang dahulu megah dan dibanggakan semua penduduk-penduduka di Suangi Lembing itu terbiar tidak dihuni dan mula diambil alih orang tempatan dengan membuka gerai makanan. Keadaan pekan yang dahulu merupakan lubuk rezeki bagi penduduk tempatan itu telah menjadi semakin suram dan diibaratkan sebagai kota berhantu.Dengan ini,ia telah memaksa hamper kkeseluruhan penduduk-penduduk di Sungai Lembing tidak kira anka muda atau pun golongan berumur melalkukan penghijrahan-penghijrahan ke bandar-bandar lain sperti ke Kuantan, Kuala Lumpur dan lain-lain.


Pada tahun 2001, Muzium Sungai Lembing telah mula diperkenalkan dan dibuka kepada pengunjung.Ia telah telah berjaya menarik pelancong tempatan dan luar negara termasuk dari Eropah yang hadir untuk melihata sendiri era kegemilangan pusat perlombongan Sungai Lembing.



Muzium ini telah banyak mempamerkan episod-episod gemilang Sungai Lembing sebagai kawasan perlombongan bawah tanah yang terbesar di dunia. Malah ia turut mempamerkan artifak tinggalan perusahaan perlombongan bijih timah bawah tanah seperti alat pengerudi, pakaian dan topi keselamatan pelombong, rel dan gerabak keretapi, perabot dan peralatan yang digunakan pada masa itu untuk pengetahuan masyarakat sekarang dan akan dating ynag menunjukkan betapa susahnya pekerjaan sebagai seorang pelombong biji timah.

33 views0 comments

Recent Posts

See All

Konflik Basque

Konflik Basque atau juga yang dikenal sebagai Konflik Sepanyol–ETA. Konflik ini merupakan konflik modern yang terlama di Eropa Barat ....

KPS 3014

Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

©2020 by luqmanafif. Proudly created with Wix.com

bottom of page