top of page
Book Stack

luqmanafif

Budak AT32

Post: Welcome
Search

KPS 3014

Writer's picture: Md.Luqman AfifMd.Luqman Afif

PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN DI SEKOLAH Nama Ahli No. Matrik

MUHAMMAD LUQMAN’AFIF BIN MUHAMMAD IMRAN D20192091239

PENGENALAN
 

Tingkah laku bermaksud kelakuan atau apa yang dilakukan terhadap sesuatu perkara oleh seseorang individu. Disiplin pula merupakan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkah laku yang baik.


Masalah disiplin memang tidak asing lagi dalam sebuah sekolah. Sebagai contoh, masalah buli, vandalisme dan sebagainya sering menjadi isu si sesebuah sekolah. Oleh itu, pengurusan tingkah laku dan disiplin di sekolah merupakan satu pengurusan yang amat penting dalam mengurangkan masalah-masalah disiplin tersebut. Pengurusan tingkah laku dan disiplin di sekolah bermaksud satu proses mendidik murid-murid agar murid menjadi lebih berdisiplin. Oleh itu, unit disiplin telah ditubuhkan di sekolah bagi mengatasi masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah.


2. PERANAN KETUA GURU DISIPLIN
 
  • Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah.

  • Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin.

  • Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin murid.

  • Berusaha menanam semangat cintakan sekolah serta mengamalkan Prinsip-prinsip rukun negara.

  • Membantu menyelesaikan masalahmasalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh pengawas

  • Berperanan dalam menguruskan lembaga pengawas sekolah.

  • Mengawasi disiplin dan akhlak murid-murid di sekolah sepanjang hari persekolahan.

  • Bekerjasama dengan guru bimbingan/ kaunseling dan guru-guru bertugas harian.

  • Memastikan adanya kerjasama daripada guru-guru lain

  • Menguruskan program dan pertandingan berkaitan disiplin.


3. PERANAN GURU DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB DISIPLIN
 
  • Guru memainkan peranan dan tanggungjawab bukan hanya sekadar mengurus atau mengajar tetapi juga mendidik.

  • Perakuan 76(a) dalam Perakuan-perakuan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979, menyatakan:

“ Langkah- langkah yang positif hendaklah diambil untuk menyemai dan mengawas disiplin

murid-murid di sekolah dengan melibatkan semua guru, dan bukan setakat guru-guru

pengawas disiplin dan pengawas murid-murid sahaja“.

  • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1968:

“ tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan masalah tatatertib dan

perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar “


4. PROGRAM-PROGRAM DIJALAN BERKAITAN DISIPLIN
 

1. Strategi Pengurusan Displin Menyimpan rekod displin pelajar. ●Mengurus pelajar bermasalah ●Mengadakan sesi kaunseling pelajar bermasalah ●Mengadakan sesi pertemuan dengan pelajar bermasalah

2. Kad kebenaran keluar kelas/ keluar tandas

Semua pelajar mestilah mempamerkan kad ini semasa keluar kelas semasa PdP dengan izin guru. ●Dilaksanakan sepanjang PdP.

●Semua pelajar mesti memiliki kad ini.


3. Buku rekod kehadiran cemerlang/ rekod ponteng kelas ●Semua guru perlu mencatat kehadiran pelajar bagi semua matapelajaran dan kelas yang akan diajar. ●Buku rekod tersebut juga berfungsi untuk ditunjukkan kepada ibu bapa pelajar tanpa mengira pelajar yang bermasalah atau tidak.


5. Strategi Pengurusan Displin
 

a. Kemahiran mendengar - Guru memberi peluang kepada murid untuk menceritakan masalah yang sedang dihadapi. Guru juga hendaklah mendengar secara pasif. b. Berdepan dengan masalah tingkah laku , guru mengubahsuai persekitaran fizikal kelas menjadi persekitaran yang menyeronokkan untuk pelajar. c. Mempengaruhi daripada mengawal – lebih baik guru cuba untuk mengawal lebih sukar sukar untuk guru menerapkan pengaruh kepada murid.


6. Teori Punca Salah Laku Pelajar
 

a) TEORI FUNGSIONALISME

  • Menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial.

  • Devian adalah satu bentuk gangguan disebabkan murid-murid tidak berperanan seperti yang dijangkakan berlaku di sekolah.

b) TEORI KONFLIK

  • Devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang menindas.

  • Di sekolah, devian adalah tindak balas anak-anak kelas pekerja menentang dominasi pihak berkuasa.

c) TEORI INTERAKSIONISME

  • Devian merupakan suatu proses sosial.

  • Pelajar sengaja memilih tingkah laku mengikut kemahuan mereka yang sesuai dengan cara mereka mentafsirkan sesuatu situasi.

  • Misalnya: Pelajar mentafsirkan bahawa gurunya adalah seorang yang tidak adil menyebabkan mereka melakukan devian.


7. DEVIAN
 

DEVIAN INOVASI

  • Suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah.

  • Misalnya: pelajar yang ingin mendapatkan markah yang tinggi dalam peperiksaan tetapi tidak berupaya menjawab soalan yang dikemukakan akan cuba mendapatkan markah yang tinggi dengan melakukan kecurangan akademik.

DEVIAN RITUAL

  • Tindakan mengulang-ulang suatu perbuatan.

  • Misalnya: pelajar yang selalu kecewa akan mengulang-ulang tingkah laku yang sama.

DEVIAN UNDUR

  • Seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan.

  • Misalnya: Pelajar yang sudah kecewa dengan pelajaran misalnya akan melakukan ponteng sekolah.

DEVIAN MENENTANG

  • Menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain seperti mencuri.


8. Isu Semasa Masalah Disiplin Pelajar Sekolah
 






9. PENUTUP
 

Sebagai kesimpulan, pengurusan tingkah laku dan disiplin di sekolah amat penting bagi memastikan masalah disiplin tidak berleluasa. Semua guru khususnya guru disiplin hendaklah bekerjasama antara satu sama lain dalam membendung masalah tingkah laku dan disiplin murid – murid. Langkah yang proaktif dan berkesan harus dilaksanakan agar sekolah dapat melahirkan masyarakat yang berdisiplin.

10. RUJUKAN
 

1) Mohd Ismail Othman. Menangani Disiplin Di Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2006. 2) Khalim Zainal. Pengurusan Disiplin Pelajar Sekolah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2014. 3)Juwan Ridhwan. (2020, Febuari 7). Polis siasat kesahihan video pelajar gaduh. Berita Harian Online. From https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/653488/polis-siasat-kesahihan- video-pelajar-gaduh 4)Norfazlina Abdul Rahim. (2020, September 10). Kes Pukul di asrama sekolah: 3 pelajar direman 4 hari. Berita Harian Online. From. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/09/729764/kes- pukul-di-asrama-sekolah-3-pelajar-direman-4-hari 5)Recqueal Rahim. (2020, Ogos 14). 5 Pelajar ditahan bergaduh, tular video. Berita Harian Online. From. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/08/610194/5-pelajar-ditahan-bergaduh-tular- videometrotv 6)Syaherah Mustafa. (2020, Febuari 19). Berebut teman wanita, pelajar dipukul. Berita Harian Online. From. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/655094/berebut-teman-wanita-pelajar- dipukul


60 views0 comments

Recent Posts

See All

Konflik Basque

Konflik Basque atau juga yang dikenal sebagai Konflik Sepanyol–ETA. Konflik ini merupakan konflik modern yang terlama di Eropa Barat ....

Commenti


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

©2020 by luqmanafif. Proudly created with Wix.com

bottom of page